12 May 2017

Honey Bee Si Kucing Buta Yang Gemar Mengembara (8 gambar)

Honey beeeee!

Kucing merupakan haiwan yang seringkali menjadi pilihan ramai selain dari anjing untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Hal ini disebabkan sifat kucing itu sendiri yang comel dan manja menarik perhatian ramai golongan pencinta haiwan.

Apa yang menjadi tarikan disini adalah seekor kucing yang diberi nama Honey Bee, tidak mempunyai kedua biji mata atau lebih tepat buta! Kucing yang istimewa ini berasal dari Fiji dan di jaga di pusat jagaan haiwan iaitu animalsfiji yang berpengkalan di Fiji, Amerika Syarikat.

Walaupun kekurangan deria penglihatan, Honey Bee seekor kucing yang lincah dan tidak kurang aktifnya seperti kebiasaan kucing yang lain. Hal ini di kongsikan oleh tuannya yang mana mengambil keputusan untuk menjadikan Honey Bee sebagai haiwan peliharaannya.

Jika dilihat kucing ini tiadalah bezanya dengan kucing-kucing lain malah kecomelannya lebih mnyerlah dengan telatah yang lincah dan aktif. Pada tahun 2014, beliau telah dinobatkan kucing terbaik di dalam pertunjukan kucing yang dinamakan "Purrfect Pals Average Joe Cat Show". Jika anda meminati beliau dan ingin mengetahui perkembangan terkini, bolehlah melayari laman facebook rasmi di sini.















Kredit: Earthporm

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...