Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

16 October 2012

Football Legends Edisi Klasik (6 gambar)

Dibawah ada beberapa gambar pemain legenda bola sepak di dunia walaupun pada hakikatnya masih banyak lagi tidak disenaraikan seperti Zinedine Zidane, Ronaldinho, Gabriel Batistuta dan semestinya Mokhtar Dahari! Mungkin orang yang edit wallpaper ni masih dalam pembikinan tapi aku share dulu yang mana beliau telah buat. Sesuai untuk dijadikan wallpaper komputer peribadi dan yang pasti pemain feveret aku selamanya adalah Beckham. Bagi aku freekick Beckham adalah yang terbaik!






24 September 2012

Fans Liverpool Bakar Kereta Kalah Taruhan


Tadi baru habis match antara Manchester United dan Liverpool. Beberapa minit kemudian ada seorang friends aku dalam facebook share picture kereta dia yang dah dibakar sebab kalah bet ngan kawan dia. Untuk pengetahuan anda, match tadi berakhir dengan Manchester United 2 liverpool 1. Seperti biasa ramai yang butthurt sebab manchester menang dengan penalti dan semestinya referee yang menjadi punca. Klik pada gambar atau buka new tab untuk paparan yang lebih jelas.




15 September 2012

Tragedi Hillsborough 15 April 1989




Beberapa hari lepas kecoh tentang ketidakadilan pada keluarga mangsa semasa tragedi Hillsborough. Apa menjadi kemarahan keluarga mangsa adalah isu keselamatan semasa perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest di Sheffield, England. Walaupun tahap keselamatan tidak mencapai tahap minimum, pihak berkuasa tetap berdegil meneruskan perlawanan.

Polis juga telah mengubah rekod dan menyalahkan penyokong atas apa yang terjadi. Selama 23 tahun ini, barulah keadilan akhirnya muncul setelah siatan dibuat dan Perdana Menteri UK, David Cameron memohon maaf kepada semua keluarga mangsa semasa siasatan Hillsborough Independent Panels(HIP) dikeluarkan. HIP juga menyatakan bahawa kenyataan tentang kes ini telah banyak di ubah iaitu sebanyak 116 dari 164 kenyataan polis di ubah bagi memperlihatkan operasi polis cekap dan positif. Holy shit!

29 August 2012

Barcelona Penuhi Impian Gabriel Muniz Budak Tanpa Kaki

Seorang budak berumur 11 tahun, Gabriel Muniz telah di tawarkan untuk mwngikuti kem latihan musim panas di pusat akademi Barcelona yang terletak Saquarema, Rio de Janiero selepas muncul di dalam program sukan terkenal di Brazil. Apa yang menarik perhatian adalah fizikal beliau yang tiada tapak kaki seperti pemain bola biasa.

Disebabkan keadaan beliau yang tidak seperti budak lain, ibunya tidak sanggup untuk melihatnya. Tetapi beliau gembira dengan Gabriel apabila anaknya itu dapat menjalani latihan bersama kelab Barcelona. Walaupun Gabriel tidak dapat bersemuka dengan pemain idolanya Lionel Messi, tetapi beliau gembira dan menikmati sessi latihan itu walaupun tahu bahawa dia tidak akan dapat bermain bola secara professional suatu hari nanti.





video beliau boleh lihat disini

#semangatnya untuk menjadi seperti budak biasa sangat dipuji..respect!

kredit: www.nodeju.com

20 August 2012

Rahmat Che Hashim Tersenarai Untuk La Masia

Seorang pemain bola negara, Rahmat Che Hashim telah tersenarai dalam 100 kelompok terakhir untuk pemilihan kelab muda Barcelona iaitu La Masia. Beliau yang berusia 24 tahun itu tersenarai bersama Evan Dimeas-Indonesia, Napapon Sripratheep-Thailand dan Muhammad Faris Ramli-Singapore. Jika peserta lepas pada sessi ujian nanti berkemungkinan untuk bermain dalam kelab senior Barcelona sangat tinggi. Diharapkan anak kelahiran kelantan ini dapat meneruskan dalam sessi pemilihan dan mendapatkan tempat. Siapa tahu nanti beliau juga dapat bermain di Eropah seperti Nazmi Faiz yang bermain untuk kelab Beira Mar.




kredit: Thestar

Eid Mubarak: Samir Nasri

Semalam Nasri telah menyambut hari raya aidilfitri dengan menayangkan baju yang bertulis "EID MUBARAK" selepas menjaringkan gol kemenangan untuk kelab beliau.Selepas tamat permainan beliau sempat merakamkan sepatah dua kata untuk peminat-peminat dan juga seluruh umat Islam "Selamat hari raya dan goal celebration tadi adalah untuk anda semua. Nantikan goal celebration dari saya untuk Hari Raya Aidiladha plak..hehehe"








#respect!!

Kredits: web bola
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...