Showing posts with label Komedi. Show all posts
Showing posts with label Komedi. Show all posts

11 October 2012

Faradyable Tidak Tenang Hitler

"hatiku bagaikan mancis" djent dje djent dje djent!!!

Video baru dari Faradyable di youtube yang bertajuk "tidak tenang versi Hitler". Video Hitler beliau ni bukan video yang femes orang buat dubbing tu yer. Ini scene lain. Sebelum ini beliau buat video tidak tenang versi Rambo. Mungkin versi Hitler ini juga ada sekuelnya. Sama-sama kita nantikan dan sekali lagi you make my day bro!



Kredit: faradyable

25 September 2012

Kisah Kondom Dan Pemilik Farmasi


Nora menjemput teman lelakinya Hamzah untuk pergi kerumah berjumpa kedua ibubapanya sambil makan malam. Jikalau Hamzah bersetuju, Nora berjanji akan tidur bersamanya selepas makan malam tersebut.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya Hamzah bersetuju dan membuat beberapa persiapan. Lalu dia pergi ke sebuah farmasi dan bertemu dengan pemilik farmasi tersebut untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar...

Hamzah : "Encik..malam ni buat pertama kalinya saya akan meniduri kekasih saya. Jadi saya ingin membeli ubat yang paling baik untuk menguatkan ketahanan dan mempercepatkan ransangan. Saya juga ingin membeli kondom yang paling tahan"

Pemilik Farmasi : "Berapa banyak kondom yang kamu mahu?"

Hamzah : "12 keping..kerana saya mahu mengulangi sebanyak 12 kali"

Selesai berurusan di Farmasi tersebut, Hamzah terus balik ke rumahnya. Malam pun tiba..

Di Rumah Nora, Hamzah duduk di sisi teman wanitanya itu dan berhadapan dengan kedua orang tua Nora. 30 minit berlalu Hamzah banyak tunduk dan malu-malu. Akhirnya selesai sudah makan malam dan seketika itu Nora berbisik pada Hamzah.

Nora : "Saya tidak menyangka yang abang ni pemalu orangnya. Tapi bagus juga sebab mesti ayah tidak ada alasan untuk menolak perkahwinan kita nanti.."

Hamzah : (Sambil berbisik) "Abang tak sangka.. ayah awak tu rupanya seorang pemilik Farmasi”

LOL!!


Kredit: Songlap

18 September 2012

Faradyable Bila Avengers Lapar


Hahahahaha!

Satu lagi video kelakar oleh faradyable di youtube. Kali ini video berkenaan puak-puak avengers yang kelaparan nak makan nasik goreng ayam di Restoran Barra. Untuk pengetahuan pembaca, Restoran Barra terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Anda boleh like Restoran Barra di laman facebook fanpage Restoran Barra.

Dari video ni mungkin si faradyable ni tinggal di sana dan mungkin juga adalah pelajar UITM, Shah Alam. Aku mula tertarik dengan video Rambo beliau yg bertajuk "tidak tenang" yang boleh buatkan orang jadik gila bila tengok. Anda boleh lihat semua koleksi dubbing video beliau di sini.


30 August 2012

Gempar! Kisah Memalukan Hamil Tanpa Nikah



Satu kisah hamil luar nikah di sebuah kota raya negara..

Ayah dan ibu sangat murka ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.

“Siapa si bedebah itu??!!” jerit ayah, sedangkan si ibu menangis..

“Suruh dia datang kesini!”

Si anak pun segera menelepon lelaki yang telah mengandungkan beliau dan setengah jam kemudian sebuah kereta ferrari berwarna merah berhenti di depan rumah mereka. Seorang lelaki separuh umur keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan itu dan berkata,

“Saya adalah lelaki yang telah menghamili anak pakcik makcik, tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak pakcik makcik kerana isteri saya tak mengizinkan. Namun bagaimanapun, saya akan tetap bertanggung jawab!"

Sekiranya anak yang dilahirkan bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya  dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai 5 juta dollar.

Sekiranya dia melahirkan anak lelaki pula, saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang minyak, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai 10 juta dollar.

Tapi sekiranya dia keguguran, saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan”

Si ayah berfikir sebentar dan si ibu masih tidak berhenti-henti menangis.

Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, si ayah berkata,

“Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya”


kredit: Rahman

13 August 2012

Lagu Best Dalam Cerita "Tolong Awek Aku Pontianak"

Salah satu babak dalam cerita ni yang buat aku syok sorang-sorang
#foreveralone




sape-sape nak tengok cerita ni boleh download kat sini:
Link 1
Link 2

Kredit: jieazzmovie.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...