Showing posts with label Cute. Show all posts
Showing posts with label Cute. Show all posts

12 May 2017

Honey Bee Si Kucing Buta Yang Gemar Mengembara (8 gambar)

Honey beeeee!

Kucing merupakan haiwan yang seringkali menjadi pilihan ramai selain dari anjing untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Hal ini disebabkan sifat kucing itu sendiri yang comel dan manja menarik perhatian ramai golongan pencinta haiwan.

Apa yang menjadi tarikan disini adalah seekor kucing yang diberi nama Honey Bee, tidak mempunyai kedua biji mata atau lebih tepat buta! Kucing yang istimewa ini berasal dari Fiji dan di jaga di pusat jagaan haiwan iaitu animalsfiji yang berpengkalan di Fiji, Amerika Syarikat.

Walaupun kekurangan deria penglihatan, Honey Bee seekor kucing yang lincah dan tidak kurang aktifnya seperti kebiasaan kucing yang lain. Hal ini di kongsikan oleh tuannya yang mana mengambil keputusan untuk menjadikan Honey Bee sebagai haiwan peliharaannya.

Jika dilihat kucing ini tiadalah bezanya dengan kucing-kucing lain malah kecomelannya lebih mnyerlah dengan telatah yang lincah dan aktif. Pada tahun 2014, beliau telah dinobatkan kucing terbaik di dalam pertunjukan kucing yang dinamakan "Purrfect Pals Average Joe Cat Show". Jika anda meminati beliau dan ingin mengetahui perkembangan terkini, bolehlah melayari laman facebook rasmi di sini.


16 September 2012

Perubahan Drastik Model Angelababy Yeung Wing Dari Orang Biasa (15 gambar)

Model yang berumur 23 tahun ini berasal dari Hong Kong dan diberi nama Angela Yeung Wing. Nama gelaran beliau Angelababy adalah gabungan dari nama "angela" dan panggilan "baby" oleh keluarganya. Beliau memulakan karier sebagai model sejak berumur 14 tahun dan aktif sepenuhnya pada tahun 2007 iaitu semasa beliau berumur 16 tahun. beliau menjadi model jutaan dollar dengan memenangi banyak hati peminat dan penaja dengan senyumannya yang manis dan matanya yang bulat. Tapi kecantikan beliau ada sekarang sangat berbeza sewaktu beliau belum menjadi model.






15 September 2012

Model Penyanyi 12 Tahun Akama Miki (张木易) Bercinta Dengan Penyanyi Zhang Muyi

Seorang model dan penyanyi, Akama Miki telah jatuh cinta dengan penyanyi berusia 24 tahun iaitu Zhang Muyi. Apa yang menarik adalah kerana beliau baru berusia 12 tahun! Model Kanada ini mempunyai ayah berketurunan Jepun dan ibunya yang berketurunan China-German. Beliau telah meluahkan rasa cinta yang mendalam kepada Zhang Muyi melalui blog Sina Weibo kepunyaan beliau. Zhang Muyi juga membalas cinta Miki dengan berjanji akan berkahwin dengan beliau apabila berusia 16 tahun.

Walaupun baru berumur 12 tahun tetapi perwatakan Akama Miki sungguh berlainan dari kanak-kanak yang sebaya beliau. Anatara pencapaian beliau adalah dengan memenangi 2009 National New Silk Road Child Modelling pada tahun 2000. Adakah cinta Akama Miki ini boleh dikatakan sebagai cinta monyet? atau Muyi adalah seorang pedophile??! Lihat gambar beliau bersama Muyi dan juga video klip nyanyian beliau di bawah.





06 September 2012

Sore Eyes 5 Days MC - Nora Danish & Adi Putra Version

Susulan dari video budak Singapore yang kesakitan mata dan dapat cuti atau mc selama 5 hari. Nampaknya artis kita pon pandai troll orang! hahaha




#nora danish sangat comel!! :D

kredit: MetrowealthPictures.net

02 September 2012

Conchita Wurst - Penyanyi Wanita Berjambang (14 gambar)

Conchita Wurst adalah nama samaran bagi Tom Neuwirth, penyanyi yang berasal dari Austria. Nama beliau naik apabila muncul sebagai peserta Starmania 2007. Apa yang menjadi keunikan adalah semasa persembahan di pentas beliau memakai pakaian wanita dan memiliki jambang dimana beliau sebenarnya adalah seorang lelaki!

Beliau mendapat perhatian juri dan tepukan gemuruh dari penonton apabila menyanyikan lagu Celine Dion, "My Heart Will Go On" dan Michael Jackson, "I'll Be There". Walaupun beliau tidak menang dan hanya meraih tempat ke-6, tetapi populariti menjadikan beliau sebagai calon pilihan ramai untuk memenangi pertandingan itu. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah pergi ke facebook beliau disini.





28 August 2012

Valeria Lukyanova - Model Patung Barbie (7 gambar)

Seorang penyanyi soprano dan model Ukraine, Valeria Lukyanova menjadi kegilaan ramai di internet apabila muncul dengan rupa paras seperti patung barbie Mattel. Tidak hairan jika beliau popular disebabkan rupanya yang comel dan mempunyai boobs yang besar. Setakat ini beliau mempunyai 155 subscribers berbanding 78 kawan di dalam social network beliau disini. Beliau juga baru berusia 21 tahun dan merupakan seorang penganut agama buddha. Sekali tengok cantik dan comel dan bila dua kali tengok agak creepy sebab terlalu kurus seperti patung mainan yang hidup!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...