03 September 2012

3 September 2012 - Harijadi Doraemon Yang Ke-100 (14 gambar)

Hari ini 3rd September merupakan hari jadi Doraemon yang ke-100 sebelum Doraemon benar-benar dilahirkan kerana robot kucing ini datangnya dari masa hadapan dan hanya lahir pada tahun 2112. Pelik tapi itulah kenyataan untuk animasi yang dicipta oleh Fujiko F. Fujio. Untuk memperingati hari kelahiran Doraemon ini, di Hong Kong terdapat pameran terbesar bermula dari 14 Ogos sehingga 16 September.

Sebuah taman telah disediakan untuk mempamerkan 100 biji patung Doraemon saiz sebenar. Disini juga anda boleh dapatkan pelbagai barangan berkenaan Doraemon seperti baju, topi, pin, anak patung vinil, rantai kunci dan mug. Jika ada masa dan mempunyai bajet lebih, masih sempat untuk pergi ke Hong Kong dan melihat dengan lebih dekat pameran robot kucing berwarna biru yang sangat comel ini =)






























Kredit: hypeyou.tv

2 comments:

  1. aku plg suka pintu tu boleh g mana2 hehe


    p.s : nak beli rumah utk mak ayah la bkn utk sy :)

    ReplyDelete
  2. itulah..pintu tu kalau betol kan best
    bagusla beli rumah utk parents.sejuk hati depa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...